Mengapa Wanita Sering Jatuh Cinta Dengan Lelaki Yang Salah ?

Pastinya pertanyaan itu seringkali terlintas di hati seorang wanita. Sama ada terus bercinta dengan lelaki yang sering mempermainkan, tiada kesungguhan, tidak serius, sering bertangguh dalam perkahwinan, lelaki yang mempunyai sejarah atau reputasi yang buruk atau dirasakan tidak sesuai dengan diri. Sebenarnya tiada masalah dengan diri tetapi ini merupakan reaksi kimia yang bermain di otak anda.

Dr Emily Morse iaitu seorang pakar perhubungan dan sexologi dari Amerika Syarikat berkata, otak manusia (dalam kes ini adalah wanita) seolah-olah telah ‘diprogram’ untuk mempunyai keinginan kepada seorang lelaki yang tidak wujud atau sebaliknya daripada apa yang anda miliki sekarang.

Menjalinkan suatu perhubungan dengan lelaki adalah diibarat sepert menaiki ‘roller coaster’. Apabila hubungan itu sedang ‘di atas’, maka akan hormon dopamin dan serotonin akan terhasil dan membuatkan anda merasa puas, selesa, dan bahagia dengan hubungan yang anda miliki dengannya.

Tetapi apabila hubungan itu ‘di bawah’ contohnya apabila si dia tiba-tiba menghilangkan diri, pergaduhan, tidak sependapat dan sebagainya otak akan mendapat suatu ketagihan dalam mencari kembali keserasian dua hormon tadi agar dapat mewujudkan perasaan gembira yang pernah dirasai dahulunya.

Dr. Morse mengatakan ini dipanggil ‘frustration attraction ‘, atau dengan kata lain, anda seakan semakin rindu dan bersemangat untuk bertemu dan menghabiskan masa bersamanya. Perumpaan ini mengikut Dr Morse adalah contoh seperti penagih dadah.

Reaksi kimia ini akan membuat anda sentiasa mempunyai keinginan mencari lelaki yang tidak bersesuaian untuk anda. Kitaran itu akan berulang, iaitu kadangkala akan merasa gembira dengan si dia dan adakalanya rasa anda sedang membuat kesilapan dengan meneruskan perhubungan dengannya dan perasaan ini akan terus berulang.

Dr Morse meneruskan, perkara pertama yang perlu dilakukan untuk menghilangkan kitaran perasaan ini adalah untuk bersifat positif dan bertindak keluar dari zon ketidak selesaan tersebut. Ia boleh dikatakan dengan berubah dengan mencari pengalaman baru.

Perlahan, anda akan menyedari bahawa terdapat banyak lelaki yang baik di luar malah bersesuaian. Mencari pasangan yang terbaik ada mustahil namun yang penting haruslah memahami, bersesuaian dan serasi dengan anda.

*Semua Perkataan/Ayat dan Gambar di dalam ini diambil dari taikotai.tv

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *