“Mama balik dulu…” – Ibu Bapa Maut Kemalangan Lepas Hantar Tiga Beradik ke Kampung


Musim cuti persekolahan biasanya merupakan saat menggembirakan yang paling ditunggu-tunggu oleh semua orang. Namun kegembiraan ini bertukar tragedi kepada tiga orang adik beradik yang kehilangan ibu bapa sebelum sempat menikmati alam cuti persekolahan.

Menurut Berita Harian, tiga orang kanak-kanak; Muhammad Daris Wafiy, 10 tahun, Muhammad Daris Rayyan, 9 tahun dan Muhammad Daris Amsyar, 5 tahun menjadi yatim piatu dalam sekelip mata selepas ibu bapa dan adik bongsu mereka yang berusia tiga bulan terlibat dalam kemalangan.


Sumber: Berita Harian

Kemalangan yang berlaku pada jam 4:30 pagi di Kilometer 21 Jalan Sitiawan – Teluk Intan berhampiran Kampung Kayan itu menyebabkan kereta Toyota Wish yang dipandu oleh ibu bapa mereka terbabas ke dalam parit sebelum terbalik, lapor Harian Metro.Datuk kanak-kanak itu, Nadzim, 68, memaklumkan bahawa adik beradik itu memang sudah biasa ditinggalkan di rumahnya pada musim cuti persekolahan. Sewaktu kejadian, Wafiy memberitahu bahawa dia dikejutkan daripada tidur oleh ibunya yang mahu mengucapkan selamat tinggal sebelum meninggalkan mereka di rumah nenek.

Sumber: Facebook“
Kali terakhir jumpa mama pagi tadi sebelum mama nak balik. Mama cium kami dan kata ‘mama balik dulu’.”
Mama pesan pada saya supaya tengokkan adik-adik.”
Wafiy juga menceritakan bahawa dia dan Rayyan kembali tidur selepas bersalaman dengan ibunya tanpa mengetahui bahawa itu adalah kali terakhir mereka akan berjumpa dengan ibu. Satu jam selepas itu, mereka dimaklumkan mengenai berita pemergian ibu bapa sewaktu dikejutkan oleh nenek mereka.

“Masa opah (nenek) kejut dan bagi tahu mama, papa dan adik sudah tiada, saya hanya diam tapi dengar semua orang dalam rumah menangis.”

Ibu bapa dan adik bongsu tiga beradik ini telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batu 9 Lekir. Wafiy, Rayyan dan Amsyar yang kini yatim piatu akan tinggal bersama datuk dan nenek mereka dan segala urusan persekolahan akan diuruskan oleh Nadzim dan isterinya.Semoga tiga beradik ini tabah menghadapi dugaan. Sedihnya bangun tidur tiba-tiba ibu bapa dan adik dah tiada di dunia ni.

Sumber:http://lobakmerah.com/mama-balik-dulu-ibu-bapa-maut-kemalangan-lepas-hantar-tiga-beradik-ke-kampung/

Subhanallah!! Alif Satar Usung Jenazah Di Mekah ..

APABILA berkunjung ke Tanah Suci untuk beribadat, umat Islam pastinya akan merebut apa sahaja peluang untuk mempertingkatkan amalan dan memperkukuhkan ketakwaan kepada Allah SWT.

Video Aliff Satar Usung Jenazah di Mekah berada di artikel terakhir

Bagi penyanyi popular Alif Satar, kunjungan ke Tanah Suci untuk mengerjakan umrah sangat istimewa apabila berpeluang untuk turut sama mengusung jenazah keluar dari Masjidil Haram.

Alif berkongsi video berkenaan tiga hari lalu, dan ketika berita ini ditulis, video tersebut sudah mencecah 1.2 juta tontonan.

Menerusi video pendek itu, dapat dilihat bukan sahaja Alif malah beberapa lagi jemaah tidak mahu melepaskan peluang untuk mengiringi jenazah insan terpilih itu.

Perkongsian Alif itu mengundang sebak netizen, dan menyifatkan peluang yang dimiliki Alif itu bukan sesuatu yang mudah untuk diperoleh.

Ramai juga dalam kalangan netizen berkongsi kisah pemergian orang tersayang yang dijemput di Tanah Suci.

Menjawab soalan peminatnya, Alif sendiri tidak lokek untuk berkongsi tip dengan para pengikutnya tentang bagaimana untuk memperoleh peluang yang sama.

“Boleh tunggu di pintu berdekatan dengan istana, di bawah jambatan. Ada ruang di mana jenazah diletakkan. Laluan yang sama juga digunakan oleh Imam Masjdil Haram untuk masuk dan keluar,” tulis Alif.

Penyanyi yang juga seorang pelakon dan pengacara itu juga tidak kisah jika ada yang mempertikaikan tindakannya memuat naik video itu.

“Peminat adalah keluarga saya. Saya mahu berkongsi pengalaman ini dengan keluarga saya dan ia bukan satu kesalahan,” tulis Alif.

Komen Netizen

Rata-rata komen pada entri tersebut memuji usaha Alif yang tidak melepaskan peluang untuk membantu.

Ada juga pengikut yang menganggap Alif bertuah kerana tidak semua jemaah berpeluang untuk berbuat demikian.

“iamaisyasofea: @alifsatar masyaAllah. Tabarakallah. Syukur alhamdulillah. Tqq so much 100000x. Semoga awak dan family sentiasa dlm maghfirah dan rahmat Allah

aisya_humaira11: inspiring…moga Allah permudahkan urusan @alifsatar dan keluarga, doa kan kami juga berkesempatan menuju ke rumah Allah.”

Bagaimanapun ada juga yang kurang senang dengan entri dibuat Alif, tetapi telah ditegur oleh beberapa pengikut lain dan meminta supaya dibersihkan hati dan melihat perkongsian tersebut dari sudut positif.

“mienalieasDear: @alifsatar , don’t stop posting about all the good deeds that you’ve done. Allah know your intention and you know your own heart well. And people who see this, also know their heart very well too.. a good and kind heart will see this as a good thing coz some of them also dunno that we can help carrying the jenazah too.. right? It’s an eye opener to us actually.. and the other heart will see it in the opposite view, riak menunjuk and so what ever.. What’s matter here, is, the genuine intention for our hearts.. insyallah..

shalynzeita: @nurlizatahir narrow minded people like you should just keep quite at home. If you don’t have nice word to say just keep quite .

Kyemazlan: Alhamdulillah… syukur ke hadrat Allah @alifsatar you’re one of the lucky ones… i was there last week and had the same opportunity… that’s a million of barakah for you at haram my brother.. congrats..”

Alif berangkat menunaikan umrah bersama ibu dan bapanya pada 23 November lalu.

SUMBER : http://www.gempak.com/artikel/75

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *