Linda Rafar – Mula-mula kutuk, lepas tu goda…Ishhh

Loading...

Mula-mula kutuk, lepas tu goda… Memang wajar Linda Rafar bengang

 

Linda berang diganggu remaja.

(Ubah saiz teks)
PETALING JAYA: Penyanyi dan pelakon Linda Rafar berang apabila seorang remaja lelaki yang sering memberi komen negatif di laman sosial cuba menggodanya menerusi mesej peribadi.Linda atau Azlinda Rafar, 40, berkata, perkara itu dianggap biadap dan tidak menghormatinya sebagai wanita yang sudah berkahwin.

“Boikot budak ini, kutuk saya di Instagram dan Facebook lepas tu hantar mesej peribadi nak gatal-gatal.

“Jangan sampai aku lapor polis kau buat gangguan dalam hidup aku dan hantar mesej kotor!” tulisnya.