Lelaki ‘Tak Takut Mati’ Meninggal Dunia


BEIJING: Seorang lelaki yang mendakwa dirinya sebagai ‘pemanjat bumbung pertama di China’, Wu Yongzhu dilaporkan telah meninggal dunia pada 8 Disember lalu.

Menurut Shanghaiist, berita kematian lelaki berusia 26 tahun itu disahkan teman wanitanya menerusi Weibo.

“Hari ini 8 Disember. Ia membuatkan saya fikirkan 8 November, hari anda meninggalkan kami dan juga dunia ini,” tulisnya.

Namun teman wanitanya tidak mendedahkan punca sebenar kematian Yongzhu.

Antara aksi berani mati Yongzhu.

Yongzhu kerap memuatnaik gambar dan video menunjukkan aksi merbahaya ala ‘daredevil’ tanpa menggunakan kelengkapan keselamatan di laman media sosialnya.

Namun apabila dia tidak lagi memuatnaik video ke media sosialnya, pengikutnya percaya sesuatu yang buruk telah menimpa Yongzhu.

Kali terakhir Yongzhu mengemaskini status di media sosialnya adalah pada 8 November lalu.

Netizen percaya kematiannya ada kaitan dengan aksi ngeri yang dilakukannya.

Sumber;beritasteady.com

Cerita seterunya..

Saya Terima Aktres Sebagai Madu” – Isteri Pemuzik Gegar Vaganza

PETALING JAYA: Isteri kepada pemuzik bebas program Gegar Vaganza yang dikenali sebagai Uda menerima kehadiran seorang pelakon terkenal sebagai madunya.

Wanita berkenaan yang dikenali sebagai Intan mendakwa mengetahui tentang perkara ini dua minggu lepas dan reda dengan keputusan suaminya untuk berpoligami.

“Saya terkejut apabila mendapat tahu perkara ini pada dua minggu lalu dan tidak sangka kerana hubungan kami baik sebagai suami isteri.

“Pada mulanya saya tidak terima namun disebabkan kasih sayang kepada suami dan anak, saya reda dan terima takdir yang telah dientukan,” kata Intan.

 

Izreen dilaporkan bakal berkahwin dengan pemuzik yang dikenali sebagai Uda.

Pendedahan tersebut dilakukan menerusi temu bual secara langsung bersama sebuah portal berita pada Khamis.

Rumahtangga Intan dan Uda dibina empat tahun lalu. Mereka dikurniakan dua cahaya mata masing-masing berusia tiga tahun dan 11 bulan.

Dalam pada itu, Intan tidak menolak kemungkinan apa yang berlaku ini berpunca daripada kekurangan dirinya sebagai seorang isteri.

“Dia suami yang baik. Kalau bab anak-anak, dia bertanggungjawab. Saya yakin dia mampu untuk berlaku adil.

“Susah nak terima. Mungkin salah saya, tak pandai jaga suami,” ujarnya.

Pemuzik Gegar Vaganza Bakal Suami Izreen Azminda

Terdahulu menerusi laporan mStar Online pada Rabu, aktres Izreen Azminda dikatakan bakal berkahwin dengan pemuzik yang dikenali sebagai R atau nama timangannya, Uda.

Menurut sumber, satu majlis doa selamat akan diadakan oleh Izreen pada 7 Disember depan di Damansara Perdana kira-kira pukul 8 malam.

Sumber:beritasteady.com

Jika artikel ini anda rasa berfmanfaat..sila share artikel ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *