Kerana Baring Sambil Main Telefon 3 Jam SETIAP HARI..Ini Penyebab Lelaki Menangung Seumur Hidup!

Dengan perkembangan teknologi yang semakin meningkat di negara kita, ramai yang bergantung kepada gadget seperti telefon bimbit untuk melakukan pelbagai aktiviti harian. Kemudahan teknologi ini menyebabkan manusia semakin leka dengan telefon bimbit. Itulah yang terjadi kepada seorang lelaki ini yang leka dengan telefon bimbitnya sehingga memudaratkan kesihatan diri.


Menurut WORLD OF BUZZ, seorang lelaki dari China telah dimasukkan ke hospital akibat lumpuh yang disebabkan oleh masalah leher. Lelaki berusia 40 tahun yang dikenali sebagai Wang itu rupa-rupanya mempunyai satu tabiat yang mungkin dimiliki oleh kebanyakan individu yang memiliki telefon bimbit.

Setelah seharian penat bekerja, Wang akan berbaring di atas katil setibanya di rumah sambil bermain dengan telefon bimbit hingga hampir tiga jam setiap hari. Mungkin ramai yang merasakan bahawa ini adalah perlakuan yang sering dilakukan oleh sesiapa sahaja. Namun, nasib tidak menyebelahi Wang apabila badannya tiba-tiba menjadi lumpuh!

Wang tidak dapat merasa anggota badannya dari paras dada ke bawah dan dia tidak dapat mengawal pergerakan badan. Mujurlah Wang pada waktu itu sedang menjalani pemeriksaan di hospital, jadi dia dapat diberikan rawatan segera oleh doktor yang bertugas di situ.
Selepas pembedahan kecemasan dijalankan, doktor memberitahu bahawa

Wang sebenarnya menghidap cervical spondylosis atau penyakit tulang leher. Penyakit ini selalunya dihidapi oleh golongan tua kerana faktor proses penuaan tulang.

Walaupun ia adalah sejenis penyakit yang biasa ditemui dalam kalangan warga emas, keadaan Wang lebih teruk kerana kehendak pekerjaan yang memerlukan dia sentiasa tunjuk dan membengkokkan leher. Tambah-tambah pula dia mempunyai tabiat untuk tunduk dan bermain dengan telefon bimbitnya sampai berjam-jam!
Doktor menyatakan bahawa Wang sebenarnya telah mengalami kesakitan dan berasa tidak selesa pada lehernya selama beberapa ketika menyebabkan dia mengalami kesukaran berjalan dan berdiri.

Pun begitu, dia menangguhkan pemeriksaannya sehingga beberapa hari lepas sewaktu dia tiba-tiba mengalami lumpuh separuh badan.
Setelah menjalani pembedahan kecemasan tersebut, Wang kini semakin sembuh daripada lumpuh yang menyerangnya secara tiba-tiba itu.

Namun, doktor tidak pasti jika badannya akan sembuh sepenuhnya selepas insiden malang itu.
Jangan terlalu leka bermain telefon bimbit dan cubalah untuk melakukan aktiviti yang memerlukan pergerakan bagi mengelakkan terjadinya kejadian seperti ini!

Kredit : Lobak merah Via mediatrending.net

Cerita selanjutnya…

Kejam! Bapa Tak Berhati Perut Pijak Anak Perempuan 2 Tahun di Tempat Awam

Mungkin sesetengah individu tidak layak digelar ayah mahupun ibu. Meskipun mereka dikurniakan cahaya mata yang comel dan baik, namun ibu bapa seperti ini tanpa belas kasihan telah mendera anak mereka sendiri dengan kejam!

Hal inilah yang berlaku kepada seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun apabila
bapanya yang tidak berhati perut telah memijak tubuhnya dengan sesuka hati di tempat awam.

Menurut Nextshark , kejadian yang berlaku pada 2 Disember di sebuah stesen bas dekat utara China di Langfang, Daerah Hebei ini diketahui selepas tersebarnya rakaman tersebut di media sosial.

Menerusi rakaman yang diambil daripada telefon pintar, seorang budak perempuan dilihat telah
dipijak tubuhnya oleh seorang lelaki dewasa sambil disaksikan orang ramai . Suspek kemudian dengan kasarnya telah mengangkat budak tersebut bangun dan menampar pipi mangsa berkali-kali. Aduhai!

Apabila ada orang awam bertanya kepada suspek akan tindakan kejamnya itu, dia selamba membalas, “tiada apa-apa yang berlaku” . Ciss tak ada apa-apa dia kata?

Susulan daripada tular video tersebut, pihak berkuasa telah menahan suspek yang dikenali sebagai Zhang berusia 39 tahun. Hasil siasatan mendapati suspek ternyata ialah bapa kandung kepada mangsa yang didera itu!
Menurut pihak polis, mangsa yang telah didera itu kemudiannya dihantar ke hospital untuk pemeriksaan lanjut dan tiada kecederaan serius dilaporkan terjadi ke atas budak perempuan berkenaan.

Buat masa ini, mangsa telah diputuskan berada di bawah jagaan neneknya. Manakala bapanya yang tidak berhati perut itu pula akan dikenakan hukuman yang setimpal dengan jenayah yang dilakukan.

Apa punya perangailah bapa macam ni? Kalau pun anak nakal sangat, inikah cara yang terbaik untuk mendidik anak? Baru umur 2 tahun kot. Dah tampar, pijak bagai! Aduhai.

Kredit : Lobak Merah via mediatrending.net

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *