Canggih >>Kondom Pintar Yang Mampu Menilai Prestasi Anda Diranjang

Loading...

Prestasi di ranjang yang kurang memuaskan boleh menjadi salah satu sebab pasangan anda cari yang lain.

Di pasaran, kita ada jumpa pelbagai produk ‘kuat’ untuk lelaki. Tak kurang jugak produk untuk wanita. Terbaru, sebuah syarikat telah mengeluarkan ‘kondom pintar’. i.Con merupakan cincin kondom pintar yang pertama didunia!

Walaupun dinamakan sebagai ‘kondom pintar’ sebenarnya peranti ini adalah sebentuk cincin yang juga boleh bertindak supaya kondom yang dipakai tidak terlucut.

i.Con ini mampu merekod dan menghantar data beberapa maklumat penting dan menarik berkenaan sesi perhubungan anda di ranjang. Maklumat seperti kekerapan sesi, masa yang diambil, pembakaran kalori serta bermacam lagi maklumat termasuklah posisi yang digunakan.

Menurut Adam Leverson, jurutera utama projek tersebut: “Bukan sahaja kita telah membuat inovasi cincin kondom pintar pertama di dunia – yang akan mengukur hampir setiap aspek prestasi di bilik tidur – tetapi sekarang saya gembira untuk mengesahkan bahawa ia akan juga mempunyai indikator terbina dalam untuk memberi amaran kepada pengguna.

Peranti ini akan dilancarkan dalam masa terdekat. Kalau siapa yang berminat, bolehlah ke laman web britishcondoms. Harga pasaran 60 pound (RM 330).

 

Sumber : Rileklah.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *