Boy Iman…DBI…Putar belit….

Loading...

PELAKON dan usahawan Datuk Noruliman Abdul Rahman atau Boy Iman bermain teka teki terhadap status pengajian peringkat Doktor Falsafah di Universiti Malaya (UM).

Pada 30 Mac lalu, Boy Iman memuatnaik gambar memaparkan kad pelajar bersertakan namanya dan logo UM dan buku penyelidikan universiti itu di media sosial.

Ketika dihubungi, pelakon berusia 38 tahun itu enggan mengulas mengenai kenyataan rasmi UM yang menafikan dia calon Doktor Falsafah di universiti berkenaan.

“Kalau saya komen, orang kata saya putar belit kenyataan. Saya tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan.

“Biarlah masa menentukan. Dalam enam bulan akan datang, kebenaran akan timbul,” katanya.

Penerbit filem Blok 404 itu berkata, keinginan memiliki ijazah Doktor Falsafah sebagai pengiktirafan dalam kariernya.

“Saya ingin mengikut jejak ahli perniagaan lain yang mempunyai pengiktirafan dalam bidang mereka.

“Sebenarnya, saya sudah lali dengan kecaman netizen kerana sejak dari dulu, saya dituduh macam-macam,” katanya.

Hari ini, UM mengeluarkan kenyataan menjelaskan status pendaftaran Boy Iman sebagai calon Doktor Falsafah di Facebook.

“UM ingin menarik perhatian berhubung status pendaftaran calon Doktor Falsafah Noruliman A Rahman dalam bidang Pentadbiran Perniagaan (secara penyelidikan).

“Pihak UM membuat semakan dan mengesahkan bahawa tiada pendaftaran atas nama individu ini sebagai calon Doktor Falsafah di UM,” katanya.

Pada Januari lalu, Boy Iman yang juga Pengarah Urusan DBI Properties ditahan reman bagi membantu siasatan berhubung kes penipuan projek pembinaan rumah banglo.

Sumber:hmetro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *