Akhirnya! Amar Baharin dan Amyra Rosli Dedah Nama Dan Muka Anak Mereka..Fuhh Comel!!


Selepas berteka-teki dengan peminat, pasangan Amar Baharin dan Amyra Rosli akhirnya mendedahkan nama anak sulung mereka.

Pasangan itu mengumumkan nama tersebut dengan menukar ‘username’ laman Instagram milik anak mereka yang mempunyai lebih 109,000 pengikut.

Amyra dan Amar menukar ‘username’ @amyramarjr kepada @aqeefanaqi.

Sebelum ini, pasangan ini pernah memberikan bayangan yang nama anak mereka bermula dengan AA.

Namun begitu, wajah sebenar anak mereka yang lahir pada 15 Oktober 2017 itu masih belum didedahkan.

Pasangan itu sekadar memuat naik sekeping foto wajah anak mereka yang telah dikaburkan.
Dalam perkembangan lain, Amar, Amyra dan Aqeef juga muncul dengan sebuah program televisyen terbaru yang berjudul The Adventure of Aqeef Amyramar.

Program itu disiarkan pada setiap Rabu, jam 9 malam di saluran Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123).

Teks oleh: Kamaruddin Razal
Foto: Instagram Aqeef

sumber: astrogempak

Amar Baharin dan Amyra Rosli Dedah Nama Dan Muka Anak

Peminat Amyra dan Amar pasti tertunggu saat ini! Setelah lama berteka-teki akhirnya mereka berkongsi nama dan muka baby mereka!

Sebelum ini ramai peminat yang meminta supaya memuat naik gambar anak mereka, sebaliknya Amyra hanya muat naik gambar-gambar teaser anaknya sahaja. Hmm tak nampak sangat muka 🙁

Amyra juga menyuruh peminatnya meneka nama anaknya dengan klu AA. Haa so korang dah sedia nak tahu nama AmyraAmarJr ni?

Inilah dia nama anak mereka iaitu Aqeef Anaqi. Sedap kan nama tu? Selain itu, KD baru perasan gambar display di Instagram anaknya pun dah tukar! Lagi nampak muka Aqeef yang comel tu. Aduh, dah besar mesti hensem macam ayah dia jugak ni. Hehe

Peminat memberi respon yang postif di ruangan komen IG Aqeef Anaqi. Amboi kecil-kecil dah hot!

Respon netizen..
Sedap nama diberi..

Tak sabar nak jumpa, so cute!

Hell0 handsome!

Dp IG tu nak kena gigit ke?? Geram tauuu

p/s: Sedap kan nama Aqeef Anaqi ni? Dah besar mesti hensem!

Semoga dengan kehadiran cahaya mata sulong mereka yang bernama aqeefanaqi memberi sinar kebahagian dan mengeratkan hubungan suami isteri.

sumber: ngoyelngoyel.com

Pasangan Ini Mendirikan Rumahtangga Pada Akhir Tahun Lalu….
Amar Baharin & Amyra Rosli Akhirnya Bergelar Suami-Isteri

KUALA LUMPUR: Pasangan pelakon Amar Baharin dan Amyra Rosli selamat diijabkabulkan sebagai suami-isteri dengan sekali lafaz kira-kira pukul 5.15 petang Jumaat.
 Majlis pernikahan diadakan di Hotel Premiera, di sini dengan dihadiri kira-kira 200 tetamu terdiri keluarga kedua-dua pihak dan rakan terdekat pasangan berkenaan.

Mereka dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan iaitu Rosli Awang disaksikan Pendaftar Perkahwinan, Perceraian Dan Rujuk, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Hazman Hashim.

Amar atau nama sebenarnya Amar Mohd Baharin, 31, menyerahkan mas kahwin berjumlah RM1,111 kepada Amyra manakala wang hantaran pula RM50,000.
Pengantin perempuan turut menerima lima dulang hantaran dan dibalas dengan tujuh dulang kepada pihak lelaki.

Pasangan mempelai menggayakan busana berwarna putih rekaan Rizman Ruzaini.
Resepsi persandingan pasangan pengantin akan berlangsung pada malam Sabtu di lokasi yang sama.
Manakala majlis di pihak pengantin lelaki akan diadakan di Bright Star Banquet Hall, Ampang dekat sini pada 19 November ini.
Amar dan Amyra atau nama sebenarnya Nur Amira Izzati, 25, mengikat tali pertunangan dalam sebuah majlis tertutup pada 22 Julai lalu.

Sumber:http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2016/11/11/amar-amyra-nikah/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *